Tu diaaa...busy punya pasal, blog pun tak terjaga. Aku dah start practical training. Ni dah nak masuk minggu ke-4. So, ada lagi 2 minggulah aku kat Pejabat Daerah dan Tanah Seremban (PDTS)
Aku ditempatkan di Bahagian Pembangunan Daerah. Dalam bahagian ni, ada dua unit. Unit Pembangunan Sosial dan Unit Pembangunan Fizikal. Aku ditugaskan untuk handle Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Tugas aku sekarang ni, duk call penerima bantuan. Haa mau tak serak suara aku? Surat dah dikeluarkan, tapi kena jugak call sebab takut nanti diorang tak dapat information yg sepatutnya. Cool jugak kan?
Bercerita psal BR1M ni, semua sedia maklum bantuan ni diberi kepada mereka yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM 3000. Borang boleh didapati kat LHDN tapi dah tutup dah pun. Last boleh apply, 10 Februari lepas. Bagi siapa2 yang terima surat pengesahan mengatakan TIDAK LAYAK, jangan nangis tepi tingkap. Anda boleh buat rayuan. Borang rayuan boleh diambil di PDTS. Ada mcm pegawai tak aku? Hahaha
Bila dah join group handle BR1M ni, macam2 kerenah manusia aku tengok. RM 500, sape nak bagi kan? Kalau kita tak bekerja dalam situasi ni, mesti kita tak faham. Contohnya, adalah pakcik/makcik/abang/kakak yang kata nama dah diluluskan kat LHDN, orang lain dah dapat duit. Kenapa diorang belum. Nak tahu sebabnya?
Sebabnya, sistemnya macam ni. Nama memang sudah diluluskan oleh LHDN, tapi pejabat daerah kena tunggu surat dan masterlist daripada mereka. Bukannya nama dah lulus, terus2 keluar nama kat pejabat daerah. BR1M takde sistem online. Kebanyakannya guna manual. Nak check nama pun guna masterlist. Nama penerima diasingkan mengikut DUN. Jadi, pengagihannya juga mengikut DUN. Majlis penyerahan akan dilakukan mengikut ketetapan. Selalunya, selepas saja pejabat daerah terima senarai nama dan surat2 pengesahan, majlis penyerahan tu akan berlangsung dalam masa 3-4 hari selepas itu. Satu lagi, BR1M ni ada banyak fasa. Dengar cerita, ada 4 fasa. Ikut negeri jugak kot. Currently, PDTS tengah handle fasa ke-2. Jadi, bagi mereka2 yg nama dah diluluskan oleh LHDN, diminta bersabar ye. Nama anda2 semua mungkin dalam senarai fasa yg seterusnya. Sistem ni terpakai di semua pejabat daerah seluruh Malaysia. Sebab kawan2 aku yg praktikal kat sana pun guna sistem yg sama. Huhu
Bagi yg dah terlepas majlis penyerahan tu dan nama pun dah ada dalam list, bolehlah datang terus ke Pejabat Daerah utk kutipan voucher.
Notakaki : Minggu ke-3, 2 minggu lagi. Yah3!