5 Jenis Bisnes Sesuai Utk Student


Lumrah menjadi student tak kiralah di IPTA mahupun IPTS, benda yg selalu menyesakkan kehidupan student selain daripada assignment bertimbun adalah DUIT. Sape yg tak sibuk pasal duit, angkat tangan! Tak pernah lagi aku jumpa orang yg tak kisah langsung pasal duit. Ada ke takde sama je. Kalau ada, meh bagitau sape gerangan orangnya. Eh incik Krab dalam cite Spongebob Squarepants tu pun suka duit tau! 


Selain daripada pembiayaan biasiswa dari kerajaan dan swasta, ada jugak pinjaman macam PTPTN dan MARA. Kalau nak dihitung2kan, tak cukup duit PTPTN nak dibawa sampai hujung sem. Tapi kalau orang tu pandai simpan duit, tak mustahil kan? Bukan macam aku ni, awal sem kaya raya makan Mekdi hari2. Dah hujung sem, makan megi hari2. Hahaha...Lain cite pasal duit bulanan yg korang dapat dari parents. 

Bagi yg ada otak bisnes, dorang memang pandai rebut peluang. Asal nampak je peluang nak buat bisnes, laju2 lah dorang try. Tu pun tengok kemahiran masing2 jugak. Kalau yg pandai marketing, lagi bagus. Bukan apa, buat bisnes ni bukan senang. Modal kena ada, kemahiran kena ada, semangat lagi lah kena ada. Setakat hot hot chicken shit buat apa kan?

Meh sini aku nak bagitau sal possible business opportunity yg selalunya dibuat oleh student nak carik duit lebih selain daripada kerja part time.

Jual topup


Handphone dah jadi keperluan sekarang ni. Bagi yg tak subscribe line tu, haruslah beli topup prepaid. Barulah  seronok ada hp. Kalau ada hp tapi memanjang takde kredit, haa apa kata campak je hp tu dalam longkang? Baru puas hati. Hahaha okeh. Selalu kita nampak kat bilik2 di kolej2 kediaman orang duk lekat kertas "Topup ada dijual", "Topup dah habis sebab aku selalu guna sendiri", "Topup takde malam ni, karipap ada". Memang laku kalau sape2 yg buat bisnes jual topup ni. Kalau diikutkan, untung tak banyak pun. Adalah dalam 2-5 % daripada hasil jualan. Tapi takpelah kan. Buat tambah2 duit. Kalau rajin carik downline, dapatlah untung sikit. Eh dah macam MLM je kena carik downline...? Tett!

Printing


Nak scan pun boleh ni. Agak2 takde customer, boleh try scan muka sendiri.

Assignment berlonggok2, sume kena taip2. Dah taip kenalah print. Takkan kau nak bagi terus laptop or PC tu kat lecturer suh dia tanda kat situ je kan? Haa bukan sume orang ada printer. Maka, ambil lah peluang buat bisnes print assignment ni. Laku beb. Aku pernah buat dulu. Ada kawan aku siap buat binding sekali. Then dia wat delivery service terus kepada customer. Alkisahnya, customer hanya perlu email material yg nak diprintkan. Then bila dah setel sume, tunggu orang yg tukang print tu hantar. Pi binding terus kalau orang tu tak buat servis binding. Tak payah nak hentak2 kaki beratur panjang kat CC sebab nak tunggu turn print assignmet. Di samping dapat tolong kengkawan, dapat jugak duit kan2?

Format/Servis Laptop

Ni bisnes senior aku kat Melaka

Satu lagi common business yg biasa dibuat, format laptop atau PC. Stendetlah bila laptop kena virus lepas tu kita dah puas mengetuk2 keyboard tanda tensen dan berguling2 atas katil dengan harapan laptop tu ok semula, apa kata pergi je format? Bukan sume orang reti format sendiri. Silap2 hukum jadi tukun je laptop tu nanti. Bagi korang yg ada kemahiran lebih pasal komputer, boleh la gunakan. Harga format laptop serendah RM 20 bergantung kepada jenis software. Selalunya dapat Windows yg tak genuine la kan. Tak jadi hal. Beli je yg genuine, suh la incik tukanh format tu buat. Ada jugak yg siap buat door to door service. Datang kat umah, try repair kat situ.

Jual kerepek/buah-buahan


Jangan korang kantoi simpan stok kerepek banyak2 dalam bilik dah la

Hah anda hebat dalam marketing? Juallah kerepek. Nak lagi hebat jual nasi lemak atau apa2 jenis makanan panas dari pintu ke pintu? Masa aku kat Shah Alam dulu, duk Kolej Mawar, memang hebat lah aktiviti jual kerepek bagai ni. Rajin akak2 tu ketuk2 pintu sorang. Sampai satu tahap tetibe rasa tensen pulak orang asek ketuk pintu. Sudahnya asal orang ketuk pintu, tak kiralah sape aku jerit je,

"Tak nak beli! Tak nak beli!"

Bila akak yg jual buah tu datang, aku suka beli jambu. Kalau akak tu tak jual jambu malam tu, aku soal dia macam2. Kenapa jambu takde? Pokok jambu dah kena tebang ke? Akak dapat jambu dari sape? Hahaha




Dobi



Anda ada hobi yg pelik? Tak boleh nampak baju kotor, mesti nak basuh? Alamak, baju2 sendiri dah habis basuh. Siap iron satu2 lagi! Macam mana ni? Takpe, rilek lah. Anda ada roommate kan? Apa kata basuhkan baju roommate tu? Eh kejap. Bukan basuh free. Mintaklah duit. Buat bisnes dobi gitu. Pastikan korang basuh wangi2. Sidai elok2. Kalau rajin lipatlah sekali. Bukan hanya roommate anda, silap2 satu level datang ketuk bilik tetiap pagi. Haa kan seronok tu. Hobi korang dapat sambutan :)

Bukan susah pun nak lari dari masalah duit. Janji kita pandai cari peluang dan ada usaha. Jangan pulak join MLM. Duit tak kemana, tipu orang kiri kanan. Yg kita duk susah2 untung sikit, orang lain yg kaya raya. Kalau nak tau jenis2 bisnes MLM ni, pi lah cekidout blog incik Aidid Muaddib tu.

Apa lagi bisnes yg best utk dibuat ek?

Notakaki : Bila duit nak masuk ni? Dah macam2 perancangan dalam kepala otak. Hahaha

14 kekumen:

.:: Miu Miu ::. said...

ok dah dapat idea dah! lepas ni nak bukak bisnes printing kat hostel. hahaha~

Cinta Madu said...

haha, teringat masa kat asasi dulu pintu bilik asyik kena ketuk dek akak2 jual jambu je. hoho

Mikah Lurima said...

haha... makan mekdi then makan maggi tu antonym yg sangat synonym! lol

alins said...

pengsan bila kena buat dobi. haha

Hana Kirana said...

Jual barang secara agent... samada buat offline or online....cth akak wat jual cadar .. masih memerlukan pengedar... if u all nak tahu lebih lanjut.. boleh email akak di hanakiranastore@gmail.com

[loveyourlife] said...

bolehla buat bisnes jugak after this :)

armie::parc::udinc said...

@.:: Miu Miu ::. huhu haa buat cepat..memang untung!

@Cinta Madu rajin betul akak tu ketuk pintu sorang2 kan? tp lepas kes histeria tu..akak2 tu xdtg da..huhuhu

@Mikah Lurima haha kan? so sem ni kite buat tbalik ah pulak...

@alins mampu? cube buat kt tun perak..abeh sume org anta baju kt umah alin nnt..haha

@Hana Kirana orait kak..tengs for the idea :)

@[loveyourlife] buat je..bisnes ni kalau dpt untg sket2 pun puas ati..usaha sendiri..

:-: Nizam27391 :-: said...

camner eh nak jadi penjual topup.. xkan kena beli rm10 pastu jual rm10.50.. orang macam xnak beli ar nanti...

nurul said...

amie kite wat francais jual kepek jom!

aNaYaNa said...

kalo tak student ley buat tak?kui3..

dulu penah jual topap..time exam salu orang tak jual dah..saya jual lagi..tapi naikkan rege ckit..nak taknak orang bli gak..sebab dah memang takder kat lain..hihih..

armie::parc::udinc said...

@:-: Nizam27391 :-: cube try join Prepaid4U.net...jual harga runcit, dpt untg hingga 3%

@nurul kerepek ke raket? ke ridsect?ahahah

@aNaYaNa haha bole je...ni da jd cm inelastic demand pulak..nk tak nak org beli..huhuh pandai amek untg eh..

eszol said...

gua pnah tgok dua budak kne MLM-ed dgn lagi dua budak

ade ke blanje air kosong je

mmg bodoh

haha

btw,gua dlu amik upah jadi hair stylist

Sham said...

aku masa kat u jual burger kat kolej kediaman...laku woo...sikit2 lagi dapat bayar muka TZM...

armie::parc::udinc said...

@eszol hahah ee jangan la join MLM bagai ni..kadang2 sebab ikut kawan, duit kite tah ke mana, penat je lebih...wow hair stylist! cool2 :D

@Sham Eh aah kan...jual burger memang laku..konfem orang beli punye..modal pun tak mahal sangat..

Post a Comment