Mona Fandey


Pukul 9 malam tadi, akku berkesempatan menonton slot KES kat TV3. Hari ni alkisahnya pasal Mona Fandey. Aku pun berlari2 lah pegi dapur masak air dan amek nasik. Tercongok depan tv dok dupdapdupdap.

Ingat siapa Mona Fandey? Kes beliau popular sekitar 1993, masa tu aku baru 3 tahun. Duk kat Jerantut, Pahang. Comel, berambut kerinting dan selalu menjadi idaman jejaka2 setaman. Peewittt...Eh eh..tak2. Aku bukan nak story pasal kecomelan aku masa kecik. Nak cite pasal Mona Fandey ni lah. Disebabkan aku masih kecik time tu dan tak paham kes dia, aku ada lah jugak terbaca kat surat khabar dan artikel2 lain pasal kes dia.

Nama sebenar beliau Maznah Ismail. Memulakan karier sebagai penyanyi di awal 1990-an. Ada satu album. Ramai yg kata dia tak boleh menyanyi. Ramai jugak tak kenal dia masa tu sebagai seorang penyanyi. Tup-tup, tahun 93 hot pulak kisahnya. Bukan kerana album baru, tetapi kerana kes pembunuhan yg dilakukan beliau bersama suami dan pembantunya ke atas Ahli Parlimen Batu Talam, Datuk Mazlan Idris.

Tak tahu nak mula dari mana tentang kes ni. Tapi korang semua boleh dapat baca kes penuh dari awal penangkapan sampailah ke sudah melalui blog ini, Mesin Taip Buruk.

Seriau juga kan bila dengar bab bunuh2 ni. Kes ini antara kes berprofil tinggi selepas kes Sosilawati kira2 3 bulan lepas.

Tapi melalui kes ni, dapat kita lihat betapa taksubnya orang kita mempercayai khidmat bomoh utk perkukuhkan kedudukan sendiri. Ini yg kita tahu, yg kita tak tahu mungkin banyak lagi kan?

Notakaki : Rasa tak lalu nak makan. Uwekk

6 kekumen:

Puteri Iqa Izyan said...

tgk jugak td..
seram gile.
ingat time kecik2 dulu.
kalau sebut nama mona fandey mesti sume takot..

Pejuang Kesenian Extreme said...

Tak masal album dia yg tak laku masa dia jadi penyanyi boleh laku pulak masa dia jadi pembunuh...

nn said...

tapi laki dia tu memang bomoh hardcore.

armie::parc::udinc said...

puteri : haha jgnkan mase kecik2..kalau disebut skrg pun takut lagi!

pke : hg ade ke album die? smlm KES bukak kejap lagu die..cm tah hape2 je..opps!

nn : uih aah..laki die menuntut ilmu kt indon..mmg pawer katenye..

Nurhidayah Bahari said...

ala....xtgklah pulak..mcm best jek...

Fazvinda~ said...

seramm!!baca cita pun seram..meremang siot!!!

Post a Comment