4 Tempat Pilihan Orang Yg Tidak Berpuasa

Dalam tak sedar, kita dah berada dalam 19 Ramadhan untuk tahun ini. Alhamdulillah. Setakat ni penuh lagi puasa aku. Hahaha...bagi perempuan standard lah kalau ada yg tertinggal hari kan, kecuali sebab2 tertentu macam mengandung ke atau memang dah jadi kelebihan dia untuk berpuasa penuh. Hee...

So, memang tak jadi pelik kalau ada perempuan yg tak puasa. Yang aku paling pelik, bila ada lelaki yg tak puasa. Hah ni sumpah nak mintak maki rasanya. Bukan apa, dah banyak kali dalam bulan puasa ni aku nampak benda ni jadi depan mata aku. Yang perempuan pun sama, dah tahu tak puasa, ada jugak yg makan kt open area. Erk...

Ada beberapa lokasi yg berpotensi utk menjadi tempat lepak manusia-manusia tak berpuasa ni. Antaranya :

1. Tandas

Mana satu ni? Masuk toilet OKU pun cun jugak. Besorr...

Kebulur punya pasal, jamban pun jambanlah. Janji dapat kenyangkan perut yg meronta-ronta tak boleh langsung kosong walaupun tak lebih daripada 12 jam.

2. Drive thru

Ompecak! Pose ke tak pose bang?

Fast food restaurants memang famous dgn drive thru ni. Tak payah nak susah-susah park kereta, then pegi kaunter bla3. Tapi di bulan puasa yg mulia ni, ada je yg salah guna. Tengahari buta pegi beli McD or KFC. Ada kawan aku penah cite masa dia kerja part time kat McD dulu. Tengah puasa lah ni, tetiba ada satu kereta ni dengan selambanya siap makan fries sementara tunggu order yg lain siap. Ouh man, tak sabar sangat kenapa? Harap kereta je besar, puasa malas nak mampos!

3. Kedai makan non-muslim

Time nilah tak mengaku nama tu Shahbuddin, dan2 tukar nama Shah Rukh Khan. -.-

Bila nafsu dah lebih paras hidung, dah tak kira halal ke haram dah. Semua main sapu je. Kes ni memang banyak kali berlaku depan mata aku. Terbaru, masa aku pegi teman akak aku shopping raya, lalu lah kat satu kedai makan non muslim ni. Omg. Nampaklah orang Melayu kita lepak makan kat situ. Bila kita pandang, tahu pulak malu siap sorok-sorok muka. Ishhh

4. Kereta

Haa ni boleh dikaitkan dengan kes drive thru, makan dalam kereta atau pun bawak bekal dari rumah. Cool jugak kan? Nak lagi cool? Tengok video ni :



Jadi, tak kisahlah korang lelaki atau perempuan, kalau tak puasa tu, jangan tunjuk kat orang. Lagipun ape yg susahnya puasa tu. Kalau tak puasa di bulan Ramadhan, tak rasalah kelainan dalam sebulan daripada 12 bulan Islam ni.

Notakaki : Hampir 10 hari terakhir di bulan Ramadhan. Semua mengharapkan malam Lailatulqadar. Moga bertemu nanti :)

6 kekumen:

fatehah noorani said...

lawak la video tu, memang best xD

cik pieja hut said...

ish ppe tah kn yg tak pose mkn kat tmpt open tuh ,mne sikp malu ??

sara zainol said...

hoho.. gempaklah video tu.. sempat lg berlawak time mkn.. :P adoiiyaii

shuffey.armie said...

haha cool kan video tu? memang kreatif sape yg buat :)

Mikah Lurima said...

hahahaha... kan? u yg wanita ni pun faham/reti malu.

last week, lepas keluar surau, aleh2 laki yg solat dlm surau td isap rokok time belum buka. musykil? solat alhamdulillah... puasa? Astaghfirullah!

dekat rumah i pun x usah cakap. kedai mamak tu, polis pun makan kat situ. melayu okey!

p/s: Shah Rukh Khan is a Muslim ekceli. lol

shuffey.armie said...

@Mikah Lurima tu laaa...solat boleh buat, takkan puasa pun tak boleh? aritu mase i pegi car wash, selamba je brader tu merokok. ya Allah sabar jelah...

yeah i know he's a muslim. xtau nk letak name ape dh. hohoho

Post a Comment