Salam Aidifitri Buat Semua


Sedar tak sedar dalam sibuk2 kita dalam bulan Ramadhan, eh eh nak raya dah? Alhamdulillah. Masih berkesempatan bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Dah selesai juga kewajipan sebulan berpuasa. Tahun depan belum tentu lagi dapat jumpa ke tak, kan?

Tahun ni beraya kat Seremban jelah. Kat rumah sendiri sebab Kak Huda masih lagi berpantang. Boleh je nak bawak balik kampung. Tak jauh pun, kat Johol tu je ha. Sejak dah takde orang tua kat kampung, memang jarang2lah balik ke kampung. Makcik pakcik aku pun dah ramai yg duk bandar. Paling kurang pun balik ke kampung masa malam raya then petang raya dah balik ke rumah masing2. Yang bestnya, mak ayah aku memang sekampung. So, tak pernah ada kes tarik2 rambut mahupun hempas2 badan kat tilam sebab bergaduh nak balik kampung sape dulu. Yang tak bestnya, aku tak pernah merasa feel balik kampung jauh2. Wuwuwu...

Welcome to Johol, Kuala Pilah.
*signboard ni betul2 depan rumah kampung mak aku*

Baju raya? Courtesy of Kak Lin. Apa yg akak2 aku bagi, aku pakai je. Haha tapi nasib dorang tak buat dajal kat aku, suruh aku pakai kebaya ke apa ke -.-

Kuih raya? Tahun ni semua kuih tunjuk2 je. Takde mood nak buat. Mak pun tak sihat sangat. Kuih siput pun aku malas nak buat tahun ni?

Duit raya? Ohh aku mengharapkan duit raya banyak sikit tahun ni memandangkan sem depan macam2 nak kena setel. Plus dorang kata tak sempat nak tukar duit raya, maka minimum duit raya RM50 lah. Hahahaharapan.

Sempena menjelangnya lebaran, meh aku nak buat sikit ucapan hari raya. Hahaha

Ini gambar tahun lepas. Apa? Kenapa sendu sangat? Sebab time ni belum kira lagi duit raya. Sekian.

Salam Aidilfitri diucapkan kepada :
Mata air pengarang jantung yang jauh di mata tapi dekat di hati
Kawan-kawan zaman sekolah di Sekolah Kebangsaan Tmn Rasah Jaya dan 
Sekolah Menengah King George V
Kawan-kawan zaman Asasi di UiTM Shah Alam
Kawan-kawan zaman degree di UiTM Kampus Bandaraya Melaka
Tak lupa juga kepada semua tenaga pengajar
Kawan-kawan kt FB dan Twitter
Juga kepada para pembaca blog picisan ini
Ampun maaf diminta andai tersalah tutur kata

"SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN"
dari saya sekeluarga :)

Notakaki : Nanti nak carik orang jauh sikit. Baru boleh merasa "seronok" dan "thrill" bila balik beraya 

6 kekumen:

Hans said...

slmt hari raya

shuffey.armie said...

@Hansselamat hari raya hans :)

Maii Yusre said...

Selamat hari raya :D

shuffey.armie said...

@Maii Yusre selamat hari raye maii :)

Nur Hamizzah said...

selamat hari raya :)

ieyza afieyna said...

selamat hari raya :)

Post a Comment