Yeah dah lama tak update blog. Ye ye...tau. Aku asyik cakap pasal benda yg sama. Bukannya tak de access untuk online kat Melaka, tapi malas nak taip2 sebenarnya. Haha
Hari ni aku nak cerita pasal isu di jalan raya. Kalau ikutkan, aku mula dapat Lesen P tahun 2008, sejurus selepas aku habis SPM. Lepas tu, dapat lesen full masa umur aku 20. Tapi aku betul2 memandu kira2 2 tahun lepas sebab aku dah start bawa Baby Waja ke Melaka.
Kenalkan....ini Baby Waja, yang banyak calar sana sini. Uhuk ampun T_T
Aku banyak menghabiskan masa memandu sekitar Melaka sebab bila dah balik Seremban, aku jarang keluar so memang jarang nak drive ni kecuali kalau kakak2 aku malasss nak drive. Haha...Selama 2 tahun punya pemerhatian sebagai pemandu tegar dan juga beberapa tahun sebagai penumpang, ada banyak isu pasal pemandu kereta dan motorsikal kat jalan raya di Malaysia ni.
1. Tak beri signal
Tik tok tik tok
Kereta besar2, nampak mahal tapi mungkin takde signal ye tak? Payah betul nak bagi signal bila nak masuk simpang ke, nak tukar haluan ke. Kadang2 main terus meluru je. Nasib kereta lain slow. Kalau laju? Tak ke naya? Memang selalu yg buat hal macam ni, kereta2 besar. Rasa macam aku nak patahkan je signal dia tu. Baru betul2 kereta takde signal kan? Ada juga kes especially kat simpang yang mana kita ingatkan kereta tu nak jalan terus, jadi kita pun tunggulah dia jalan dulu. Tapi tengok2 dia masuk simpang, punyalah malas nak ketik signal tu. Haih
2. Motorsikal
Motor pun satu hal. Maaf ye wahai pengguna motorsikal di luar sana. Tapi ni memang benda betul pun. Ada motor yang bawa laju, ada yang perlahan sangat sampai mengganggu perjalanan. Contohnya, motor kat depan kita ni perlahan, duduk kat tengah2 pulak. Kang kalau kita potong, takut tergesel pulak dengan dia. Tapi rasa sakit hati pulak tengok dia boleh berlalalala macam tengah bercanda dekat tepi pantai. Padahal dah disiapkan lorong khas untuk motorsikal, nak juga jalan kat tengah. Tu belum kira motor yang "tetiba muncul"! Haa ni maksudnya, kita tak perasan langsung kewujudan motor tu. Bukan sebab dia Ghost Rider tapi sebab dia laju macam pelesit!
3. Pemandu tak gentleman
Mungkin bila si lelaki ni tengok perempuan bawa kereta, dia pun mulalah cop gelaran lady driver yang bawa kereta nak tak nak je atas jalan. Mulalah pandang macam perempuan ni tak reti bawa kereta. Pernah terjadi satu kes, masa tu aku dengan Kak Lin. Kitorang nak keluar dari satu lorong ni, bertembung pula dengan kereta dari arah depan. Sebenarnya kereta dia yang silap jalan tapi Kak Lin undur jelah. Tu pun boleh pulak dia siap bagi2 lampu? Tak cukup dengan tu, boleh pulak dia turunkan tingkap sambil cakap,
"Kau ingat kereta kau besar sangat ke?"
Apesal tah mamat tu. Bukannya reti nak cakap terima kasih sebab bagi laluan. Boleh pulak dia ajak bergaduh. Pelik2...
4. Pemandu bercakap dgn telefon
Okeh, yang ni kadang2 aku pun terbuat sebab dah mak aku call, takkan taknak jawab. Tapi takdelah bergayut lama2 macam biasa. Paling tak pun jawab,
"Jap mak. Pinas tengah drive ni,"
Sakit hati rasanya bila kereta kat depan bawak slow, last2 bila kita potong..lahhh kau tengah bercakap telefon ke? Siap gelak berdekah2. Apakah? -.-" Cuba berhenti kejap kat tepi tu atau sebaiknya gunalah handsfree. Yang duk main message sambil memandu pun satu hal. Hah yang bawak motor pun tak terkecuali. Ada yang siap selitkan handphone tepi helmet. Eh bahayanya!
"Hah ape? Laki aku ada perempuan lain? Hmm nak buat camne. Aku pun ada jantan lain bla3" *borak sambil gelak ihik ihik*
Tak kisahlah sama ada pemandu kereta atau pun motorsikal atau apa saja. Beca sekalipun! Hormatlah pengguna jalan raya yang lain. Jagalah nyawa sesama sendiri. Sedikit kesilapan kita boleh menyebabkan ramai yang maut. Ingat tu!
Notakaki : It's not that late kan?









3 kekumen:
ku xske lori..
aku paling geram pemandu no 1 tu
tau2 je dia suka hati belok
ku azhar : lori dgn bas. bawak laju sgt...
hans : haha kan? sakit hati je. free je dapat maki
Post a Comment