Semester 5 ni mencabar kesabaran uols. Yelah dah final year kan. Wait, seriously dah final year? Uhuk3...Things to do in my 5th semester ni adalah...adalah...Research dan praktikal. Uhh
Nak tahu cerita pasal mana dulu? Pasal praktikal la dulu ok? Haa pasal praktikal, kitorang kena menjalani latihan industri sama ada kat private atau public sector. Aku pun hantarlah surat permohonan kat satu kilang multinasional kat Senawang. Kilang semiconductor. Taknaklah sebut nama. Sedih sob3. Hahaha. Aku hantar kat sana pun sebab katanya ada orang dalam. Well, memang tak boleh nak rely kat orang dalam ni. Dah dekat sebulan aku hantar surat. Setiap kali pergi ke bilik penyelaras, mesti nama aku tak highlight lagi. Huish sedih kemain tengok kawan2 dah lompat2 kegembiraan sambil terlanggar pintu. Seronok punya pasal, sakit pun dilupakan.
Dalam masa yang sama, aku hantar lagi satu surat kat satu syarikat swasta ni. Dia buat pasal IT. Lisa Surihani siap tempah website kat dia. Pun sebab ada orang dalam. Last2 takde respon. Tu tak sakit hati sangat sebab aku pun tak harap dapat kat situ. Susah aku nak buat report nanti. Takut skopnya tak mengena. Seminggu sebelum cuti Deepavali, aku call kilang tadi.
Dalam masa yang sama, aku hantar lagi satu surat kat satu syarikat swasta ni. Dia buat pasal IT. Lisa Surihani siap tempah website kat dia. Pun sebab ada orang dalam. Last2 takde respon. Tu tak sakit hati sangat sebab aku pun tak harap dapat kat situ. Susah aku nak buat report nanti. Takut skopnya tak mengena. Seminggu sebelum cuti Deepavali, aku call kilang tadi.
Hello hello baby, you called? I can't hear a thing
"Permohonan cik masih dalam proses ye."
Lega hati aku dengar. Tapi tapi tapi...tunggu punya tunggu, nama masih tak highlight. Isk3...aku pun gigih call lagi. Kali ni, nak tau apa jawapannya?
"Kami tak jumpalah surat tu cik. Taktaulah ke mana,"
Watdefakk? Dalam kata lain, surat tu tak pernah sampai pun kat tangan diorang. Padahal sebelum tu aku call katanya dalam proses dan yg jawab call tu orang yang sama. Wuwuwuwu...apa ni...janganlah main2 kan perasaan aku....
Alhamdulillah. Allah nak beri jalan lain. Aku hantar surat ke Pejabat Daerah dan Tanah Seremban. Akhirnya dapat jugak tawaran. Surat siap sampai ke rumah lagi tuuu :)
Cerita pasal research pulak...
Semester ni kena buat Chapter 1-3. Sem depan setelkan sampai chapter 6 dan ada ViVa. Aku buat research dgn cik Ida.
Tajuk demi tajuk kitorang usulkan dekat cik supervisor. Jawapan asyik sama :
"Balik nanti cuba cari lagi bla3"
Sampai nak muntah aku baca journal. Dah banyak kali duk tukar2 tajuk. Orang lain dah proceed dengan Chapter 1, kitorang duk carik2 tajuk lagi. Wuuu sedih! Plus cik supervisor tu agak busy dengan research dia. So kitorang fahamlah kan. Nak buat macam mana. Mintak2 tajuk yg latest ni dia terimalah. Aminn....
Notakaki : In Your Arms - Kina Grannis
Notakaki : In Your Arms - Kina Grannis







0 kekumen:
Post a Comment