Peh ni memang tahap bersawang habis dah ni. Kalau rumah tinggal, tikus-tikus mondok dah bermaharajalela. Belum kira entiti paranormal sibuk membiak. Nasiblah ni blog je. Kalau tak, korang bukak2 je blog ni, adaa hantu mengilai. Takut tak? Takut tak?
Been busy lately. So busy. Sampai takde masa nak update. Biasalah, retis. Show sana sini. Bla3. Pengsan.
Banyak aktiviti sihat dan kurang sihat yang aku buat sepanjang tak update blog ni. Tak sempat nak cite satu-satu. Nantilah eh. Lahh kisah pulak kan korang aku nak cite ke tak? Buhuk2.
Kiranya hari ni last aku kat semester 5. Ye, last kelas aku tak pegi tadi. Malas. Takde mood. Sian PM Md Nor. Dah la lecture research pulak tu. Suka hati aku je taknak pegi. Padahal proposal research tak submit lagi ni. Ciss.
Final exam dah makin hampir. First paper aku 5hb ni. Public Finance pulak tu. Maigodd aku satu apa pun tak faham pasal subjek ni. Betul, aku tak tipu. Ok aku tipu. Faham jugaklah. Yang aku dapat fokus chapter 1 sampai 5. Masuk chapter 6 ke atas aku menganga je. Dahlah paper tu 4 credit hour. Nak jawab test pagi tadi pun terkial-kial. Isk3.
Bila dah masuk musim final exam ni, macam-macamlah benda jadi. Histerialah, mengamuk dengan roommate lah, tidur kat library, kejar lecturer mintak tolong tanda past year, fotostat dan print nota. Hah ape je lagi benda pelik yang korang tak buat sebelum exam, tetiba korang rajin pulak nak buat? Faham tak ayat aku ni? Tak faham takpelah. zzz
Hah sebut pasal public finance. Tutorial hari Selasa lepas, aku dengan kawan-kawan aku duk sibuk berangan, macam mana kalau tempat kitorang belajar tu, kena serang dengan zombi atau alien? Agak-agak macam mana nak survive kan?
Bayangkan, dalam bangunan 16 tingkat tu, hanya tinggal korang berempat je. Semua orang dah tukar jadi zombi. Even encik-encik polis bantuan sekalipun. Nak turun lif memang tak dapatlah. Dah takde eletrik. Zombi-zombi tu pulak main panjat-panjat tingkap. Alamak, apekah? Time nilah kawan-kawan dah jadi lawan. Semua pentingkan diri sendiri. Yang ada motor, nak lenjan motor tak sempat. Minyak dah habis. Stesen minyak semua takleh guna. Kiranya bandar Melaka jadi bandar mati. Takde dah girlfriend boyfriend kau kat situ. Takde dah mat-mat rempit duk preng preng. Semua jadi zomba. Eh zombi. Hah macam mana nak survive?
Kawan aku cakap, kalau nak survive, kena duduk tempat terang. Kena ada lampulah kiranya. Time nilah handphone torchlight sangat berguna.
Ni pun bergantung dekat jangka hayat bateri ye tak -.-"
Aku pulak bagi jawapan, kalau nak survive daripada serangan zombi, baca ayat Kursi. Tapi zombi bukan setan? Ah takpe. Kita cuba dan tawakal.
Lepas tu aku dapat mimpi, cara paling terbaik nak survive daripada serangan zombi, adalah dengan menyanyikan lagu Wawasan Setia Pelajar. Seriously?
Tak, aku bukan nak main-mainkan lagu ni. Dalam mimpi akulah -.-"
Atau mungkin sebab sem depan adalah sem terakhir aku kat UiTM. Tu yang semangat lebih sampai mimpi-mimpi kot? Sob3.
Hah cuba korang bayangkan, tetiba zomba eh zombi hidup semula daripada lubang depan KBM ni. Terus serang KBM bertubi-tubi. Macam mana nak lari? hah?
Hey apa ni? Tadi nak cite pasal final exam, ni pasal zombi pulak. Dah ah merajuk ah!
Notakaki : Rambut dah panjang








2 kekumen:
bestnye kalau semua jadi zombie! tak payah jawab final..hehehe
aku tertanya-tanya kenapa lobang depan kbm tu dikorek..???
@khairul rahman : tu liang lahad lah. haha
Post a Comment